Saturday, 18 June 2011

Apa Cinta Tuh?

Cinta tuh sebenarnye emosi yang boleh buat kita saling sayang atau kasih kat seseorang. Lau ikot falsafah, cinta adalah kuasa yang mengawal semua fikiran manusia, tentang belas kasihan dan kasih sayang. Cinta yang paling penting ialah cinta kepada agama, untuk orang islam, "Cinta kepada Allah" Cinta ni juga boleh digambarkan sebagai tindakan terhadap orang lain (atau diri sendiri) berdasarkan belas kasihan. Atau seperti tindakan terhadap orang lain berdasarkan kasih sayang. Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta.

Inilah cinta.. ??

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Dah tu je yang aku tau pasal cinta ni!

lagu yang korang dengar ni lagu Never Shout Never - What is love?

tengok la Single die nie kat youtube! video clip die bestt!!

Thursday, 16 June 2011

Bosan³ kacaw pale tol arghh!!

hahaha.. harini dari pagi dok tggu call daripada jusco! sampah betol lah! rase macam nk boom je jusco uh! kalo taknak pakai orang bgitau la awal³! haoshh! letih aq arini x de wat pape.. dari pagi mengadap laptop asus aq niy! haha,, n nseb bek member aq sampai kol 3 lebey td.. dapat aq men game DDTank ngan die.. Nak tau sape die? sng je,, korang³ bole la ke blog die eyh! (Http://sampailebam.blogspot.com) niy! ala dy tuh famous ar kt Facebook.. ala yg tade muka uh! hahaha.. skunk niy aq pon dah ase cam buntu nk taip³ belog niy,, cam bosan gler arr!!.. rase2 mlam niy macam nk g merayap laaa.. tapi³ aq tade wang saku dalam poket seluar or beg duit aq.. hihihi.. korang³ niy bole tak cube bagi aq idea ape aq ptot wat semasa bosan³ cm gnie?? lul! aq mmg kuat mengeluh!! k ar.. aq dah buntu menaip!! cabuzzzz!!

Wednesday, 15 June 2011

Bilelah Aq nk Keje Nieee..

Arghhh!! idop kat rumah nie.. bole berusang tau x?? shit laa... tu ar len kali wat la keputusan elok2!! mmg sume aq wat kdg2 x pkir ape yg jadi!! hahahaha.. ikot suka aq la kan?? sampai lebam pon bukan aq pkir ape pon.. dah macam2 keje aq keje,, n sumenyer aq cabut!! hahaha,, tu sume pngalaman hepi aq sbb dapat cabut dari keje.. yang geramnye.. dah dkat 2 bulan aq menepu ngadap komputer riba asus niy! cih aq promote laptop plak!! hahahaha.. so aq rase.. aq perlu bekerja supaya otak aq x de la tepu cam majerin dalam peti box ice rumah korang³ niyh! aq dah apply dah tempat keje uh.. tp tunggu call orang uh ckp.. lau tunggu call.. mmg janggut aq ley jejak tanah ler... haha.. korang nak tau kisah semalam? aq bersama rakan aq 2 orang, Nuh Izaan dgn Syafiq Ali.. kiteorang g ar agensi pekerjaan kt kawasan rumah kiteorang.. agensi niy soh kiteorang tepacak kol 9. kiteorang mmg tade la sampai awal.. kol 9 gak la kiteorng jejak kt ctu.. then agensi niy soh la kiteorng ke kilang yg kitaorng dah stuju nk kerja.. kitaorang start moto dan truz naik ke highway Pasir Gudang dan truz ke kilang tuh.. sesampai je kat sne kitaorang pon g la settle kan hal ngan pakgad kilang uh,, tulis name ngan ic la,, cam uh laa,, kemudian pakgad tu ckp kt Syafiq Ali,, orang³ besar dlm kilang uh tgah mesyuarat.. meeting la.. ape jadah ntah,, so kiteorng bertiga niy dok la luar tgok muka masing³.. sampai meluat tgok laaa.. shit.. then Syafiq ali nie wat keputusan mlz nk kerja plak.. dah masalah!! so aq pon dgn x pk ape.. aq pon tetibe je x de ati gak.. hhahah.. aq x tau knpe aq jd cam uh.. tp keadaan kt situ yg myebabkan kitaorng tak jd keje.. then kiteorng pon ckp la ngan pkgad uh,, kiteorng nk g makan jap.. padahal nk blah! hahahaa,, so sampai je kt Pusat Bandar Pasir Gudang uh kiteorng pon dok la minom air.. sambil pkirkan keje ape yg sesuai ntok kiteorng,, sampai dah wat onar men ice batu,, dah mcm budak x de akal.. hahaha.. laz³ kitaorng decide nk keje kat jusco.. kiteorng pon g la anta borang siap dgn gambar dan ic photostet.. n blek dgn harapan kecewa.. kiteorng still x de keje tok hari ni.. n masih menunggu panggilan dari jusco.. argghhhH!!! tuh jee aq nk cter,,, lalalala... So kalo korang ade pape idea bernas an nk kongsi nan aq!! tok hilangkan ketepuan aq niy!! comment ar!!!

Sume Pasal Aq jewp!

okey! korang tau x nie belog aq yg petame? hahaha.. aq x de cter pon sbenarnyer.. aq sesaje jew wat belog niy.. sesuka aq ann? sebab aq nk gitau sebenarnya aq wujud dalam PLANET yg orang gelar BUMI nie.. hahaha.. Macamane la kan aq nk Popular kan belog niy.. aq x geti arrghh!! okey dah tu! korang kat snie bole panggil aq ayep! sbb uh panggilan aq kt rumah! ahah! aq muda je lagi (19 thn), aq suka kacaw orang, mmg tuh hobi aq, n aq suka gelak³ ketawa sampai lebam! hahah.. aq suka berkawan ngan sume orang.. tp ade yg bajet³ uh aq ta bape layan argh.. nk kawan bole.. tp korang³ yg bajet³ niy akan dilayan cam sampah jela! sampai lebam pon aq tetap anggap sampah.. hahaha.. aq jenis slamber, blur pon ade, kusut dah x de, serabut ade la, erm,, bangang sikit je, gile banyak, paling suka BAHAN orang je,, kalo³ korang tak tau ape aq cakap niy?? korang ley la rujuk la mane³ kamus dewan kat MALAYSIA niy okey? kamus baru yg Electronic uh pon ade kot? jadah ape name diy? BESTA ea? wth!! ade ke patot dorang³ niy wat bnde³ uh mase aq dah x skola.. lau die wat time aq skola darjah 1 konfirm aq cemerlang n x de la kacau bilau cam skunk niy,, shit ler!! pasal makan minum aq? kalu korang nk belanje je aq gitau okey?? hahaha.. ape lagi yg korang nk tau pasal aq niy.. korang ley la Comment³ oke? Nanti³ aq post la citer³ ape yg aq dah wat dalam PLANET niy,, hahaha.. kkk!! cabuzzz!!